~HADIS BERKAITAN ARAK~
"Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa RasulalLah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak":
عاصرها - orang yang memerah arak
معتصرها – orang yang diminta arak diperahkan untuknya
شاربها - orang yang meminumnya
حاملها – orang yang membawanya
المحمولة إليه - orang yang meminta dibawa arak kepadanya
ساقيها – orang yang memberi minum arak kepada orang lain
بائعها – orang yang menjual arak
آكل ثمنها – orang yang mendapat hasil daripada arak
آكل ثمنها – orang yang mendapat hasil daripada arak
المشتري لها – orang yang membeli arak
المشتراة له – orang yang meminta dibelikan arak untuknya
Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi
Maksud arak dari segi bahasa ialah diambil drp perkataan Al-KAMRU (الخمر) yang bererti menutupi.
Dari segi istilah pula: Setiap minuman yg memabukkan hasil drp perahan anggur dan lain.
Keburukan Arak
Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya.
Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah mencukupi untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di sudut diri ia boleh menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan otak untuk selama-lamanya.
Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan.
Sepertimana knyataan Profesor Dr. Yusof Qardhawi, kalau diadakan penyelidikan secara teliti di rumah-rumah sakit, bahawa kebanyakan orang yang gila dan mendapat gangguan saraf adalah disebabkan arak. Dan kebanyakan orang yang bunuh diri ataupun yang membunuh kawannya adalah disebabkan arak. Termasuk juga kebanyakan orang yang mengadukan dirinya kerana diliputi oleh suasana kegelisahan, orang yang membawa dirinya kepada lembah kerosakan dan menghabiskan hak miliknya, adalah disebabkan oleh arak.
Pengambilan alkohol dalam jangka masa panjang boleh merosakkan otak selama-lamanya. Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan. Di Amerika saja terdapat 10 hingga 15 juta penagih arak dan daripada jumlah itu 4.5 juta adalah daripada kalangan remaja. Jumlah kematian yang disebabkan oleh arak di Amerika adalah 100,000 orang setiap tahun.
Justeru, Islam mengharamkan arak sama sekali dan tidak mengganggapnya sebagai penawar walaupun terdapat sedikit kebaikan padanya.
Adakah Kesan Alkohol Lebih Teruk Daripada Lain-Lain Dadah?
Mengikut satu kajian yang dilakukan di Peranchis oleh sepuluh orang pakar sains, diketuai oleh Bernard-Pierre Roques dari RenÉ Descartes University of Paris, arak tergolong dalam kategori dadah yang amat berbahaya sama seperti heroin dan candu.
Hal ini dilaporkan oleh Debora MacKenzie dalam New Scientist bertarikh 27 Jun 1998.
BBC News bertarikh 24 Mei 2001 pula melaporkan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Men’s Health Forum di UK, Dr. Ian Bank, yang mengatakan, statistik yang mengaitkan alkohol dengan perbuatan membunuh diri, jenayah, kemalangan, tindakan ganas serta masalah kesihatan amat menggerunkan.
Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Pengerusi Pertubuhan Kaunselor-Kaunselor Penyalahgunaan Alkohol dan Dadah Kebangsaan di UK, Rosa Della-Tolla, yang menegaskan ramai yang memfokuskan tentang bahaya dadah dan melupakan alkohol, sedangkan kesan negatif hasil daripada penyalahgunaan alkohol adalah lebih besar daripada dadah yang lain.
Masalahnya ialah, pengambilan alkohol diterima sebagai suatu yang biasa di dalam masyarakat sedangkan kesan pengambilannya sebenarnya adalah lebih teruk.
Justeru, Islam mengharamkan arak sama sekali dan tidak menganggapnya sebagai penawar walaupun terdapat sedikit kebaikan padanya, namun kemudaratannya adalah lebih besar daripada kebaikan.
Alkohol menjadi keperluan ataupun kemestian di dalam bidang perubatan, perindustrian,pengesteran dan berbagai lagi. Dalam bidang perubatan kita dapat lihat alkohol memainkan peranan sebagai bius yakni ubat kebas.
Sedar atau tidak ketika sebelum kita di suntik alkohol akan di sapukan di bahagian tersebut agar ia terasa sejuk bagi mengurangkan kesakitan yang di alami manusia.
Dengan sifat alkohol yang cepat meruap ke udara pula ia telah menjadi elemen terpenting dalam pembuatan pewangi beralkohol.
Ini amat penting kerana pewangi beralkohol mampu mengatasi masalah bau badan bagi individu yang mempunyai masalah peluh berlebihan. Mengikut mazhab Syafie pengunaan alkohol dalam solat sebagai pewangi adalah harus bagi individu yang tidak mempunyai pilihan lain untuk mengatasi masalah bau badan.
Selain itu pengunaan alkohol dalam pengesteran adalah untuk di campurkan dengan asid karboksilik dan elemen-elemen lain bagi menghasikan bau-bauan seperti buah-buahan, bunga dan sebagainya.

Jika Allah itu tidak Maha Mengetahui nescaya alkohol ini tidak akan disebut dalam Al-Quran dan tidak pula manusia mampu mengunakan manfaat alkohol tersebut. Namun kebaikan dan keburukan alkohol terletak kepada manusia itu sendiri kerana manusia sudah dikurniakan akal untuk berfikir dan menyingkap ke-agungan Allah S.W.T.
Seorang ilmuwan Barat, Profesor A.J Arberry, pernah menjelaskan, “peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malahan mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah sekali mendapat angin ahmar atau lumpuh. Selain itu, seorang yang mabuk arak juga akan hilang pertimbangan akal. Secara tidak sedar dia akan mmbuka rahsia keburukan dirinya sendiri kepada orang lain.”
Kajian sains juga mendapati secara jelas, arak apabila diminum secara berlebihan boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam tubuh manusia, terutamanya jantung dan buah pinggang, sesak nafas dan boleh menyebabkan kematian mengejut akibat tekanan kuat kepada hati dan jantung. Pengambilan dua hingga tiga gelas arak, tidak kiralah jenis rum, wain, scotch, wiskey, khamar atau samsu, sudah memadai untuk menjadikan seseorang tidak stabil, sawan, dan halusinasi.

No comments:
Post a Comment